Menang Giveaway stationary by mirzasyazwina

Lepas habis rehat sambung kerja sekejap mengantuk pun datang. Sambil menaip sambil menguap padahal bos besar ada dekat belakang. Tapi mata makin mengantuk mungkin sebab lunch hakak bawa bekal nasi dengan daging masak kari. Okey hari-hari hakak bawa bekal melainkan malam tu hakak malas nak masak. Jimat sangat berbanding beli dekat luar.

Bagi hilangkan mengantuk hakak cuci mata dekat blog sekejap ternampak ada pengumuman untuk nama pemenang dekat Giveaway stationary by mirzasyazwina. Amik terus segar biji mata bila nama hakak diumumkan sebagai pemenang. Tapi segan pula hakak bila nama friendlist terpampang dekat situ ada 2 @ 5 orang je.

Terima kasih adik Miza sebab pilih hakak yang tak seberapa ni sebagai pemenang. Nak tau hadiah apa adik Miza akan nanti kat hakak. Arghhhhh excited sangat sebab ada barang yang dah lama hakak idamkan sangat.

jeng jeng jeng
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
comelkan hadiah dia.

semakin bersemangat hakak nak join Giveaway yang lain.

sape nak tengok link yang hakak menang tu boleh baca dekat >>>> sini 

6 comments: