Monday, 29 December 2025

Sarapan pagi Warung Koppi 70's

Semenjak ada rumah di Semenyih semakin senang kami laki bini jadi hunter kedai makan terutama bagi sarapan pagi dan tengahari. Walau macam mana pun nak cari kedai makan menarik tu senang tapi nak cari yang sedap dan kekal sedap tu yang susah cari. Viral di tiktok belum tentu lagi sedap dan ramai pelanggan pun belum tentu lagi sedap 😌 Jadi minggu lepas saya turun ke Semenyih sebab nak beli baju sekolah anak-anak. Buat persediaan awal sebab taknak sesak dengan orang ramai.

Kami sekeluarga jarang duduk di Semenyih maka untuk makan-makan kena diluar kerana tiada barang masakan di rumah untuk masak. Jadi sebelum keluar rumah, mencari la kami laki bini tempat viral dan tempat tersembunyi di bangi. Jarang pergi tempat yang sama sebab banyak kedai yang perlu dicuba. 

Seperti tajuk di atas, saya jarang upload kedai makan takut viral nanti susah lagi nak datang. Banyak kedai yang pergi sekali sebab dah viral. Ramai orang tu satu hal, rasa pun dah lain dan tak sedap tu satu lagi punya hal. Yang di up ni bukan tak sedap cuma tahu akan jarang datang kesana.

Saya takkan bagi markah lagi sebab order makanan pun tak seberapa cuma saya boleh cakap berbaloi untuk sarapan disini. Paling suka mee kari, tak pedas dan berlemak serta punya isi yang banyak. Bagi suka pedas mungkin rasa macam kurang kick orang kata tapi suami saya yang suka makan pedas pun kata mee kari ni sedap. Kalau budak-budak mesti lagi suka.

Kedai ni air teh tarik dia antara penarik di sana, saya tak cuba lagi sebab saya order kopi butter. Pada tekak saya tiada masalah dan masih boleh terima. Bagi sesetengah mungkin kopi butter dia sedap. Bagi breakfast ala western tu macam kurang sikit. Mungkin boleh pelbagai sedikit menu western. Tapi masalah paling ketara bagi kedai ni betul-betul dekat traffic light dan agak susah untuk parking kalau bawa kereta. Bernasib baik dapat la parking. Kalau tak parking tepi jalan dengan risiko sendiri.

Gambar tak dapat nak ambil sebab kami laki bini mulut jalan dulu. Dah masuk baru teringat nak ambil 😁

Wednesday, 10 December 2025

RESAH

 Pernah tak rasa diri ini selalu merasa keresahan seperti ada masalah yang tidak pernah selesai. 

Sebenarnya tiada  tapi fikiran masih melayang entah kemana bersama hati yang tidak tenang. 

Badan yang penuh rasa kegelisahan. Penat dan letih seperti berlari ratusan kilometer.

Cuba merenung pada alam dengan harapan ia pergi bersama angin yang menyapa.


Sayangnya, jiwa dan raga masih lagi lelah seperti tiada penghujungnya.

Adakah diri ini telah jauh dari NYA sehingga tiada rasa ketenangan di segenap hati.

Adakah masih ada harapan untuk mengejar lebih rapat dan mendekat NYA.



Monday, 16 June 2025

Tahun 2025

 Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Dah pertengahan tahun 2025 baru sempat nak update dekat sini. Berikutan tahun 2024 adalah tahun yang tersangat mencabar. Sampaikan nyaris-nyaris nak serah diri ke hospital bahagian psikiatri, dah cakap pada ketua jabatan sebelum ni tapi boleh pula dia kata tahan dan kata nanti dulu. Hati masa tu tak tahu nak cakap macam mana. Sudahlah stress punya pasai sampai tahun 2024 period waktu tu memang tak normal dan tak stabil. Dalam mimpi pun duk mimpi pasal masalah kerja.

Last sekali kita mohon pertukaran, walaupun pertukaran tu menyebabkan kita berjauhan dari suami tercintah. Tapi itu saja jalan terbaik waktu tu. Dah mohon pindah alhamdulillah sekali mohon lulus dan dapat pindah. Sampai saja di tempat baru tak sampai sebulan ketua jabatan pun dapat pindah. Tak tahu la nak nangis ke nak gelak. 

Tahun 2025 ni juga pertambahan ahli baru dalam keluarga kecil kami. Rezeki yang tak dijangka, Alhamdulillah. Elok kami sekeluarga pi beli kereta baru, tergerak hati kita nak buat pregnancy test gara-gara anak sulung tegur dalam perut umi ada baby ke. Sebelum ni perut buncit dari tu tak da pulak dia nak tegur pun. Beli lah kita dalam 2 test kit pregnacy, 2 test semua positive. Waktu tu marah dan keliru semua ada, sebab kita dah tambah komitmen baru. Lepas beli rumah upgrade pula kereta besor sikit sebab anak semua duk asyik cakap sempit. Lagi pening sebab kita nya mengandung semua kena GDM lebih mudah kata diabetes waktu mengandung. Jadi risiko tu makin tinggi pada diri dengan baby. Kita mengandung kali keempat untuk tahun 2025 ni.

Habislah suami tercintah kena marah, dia duk pujuk kata takpa rezeki ada. Dia boleh usaha lagi tambah rezeki tuk bagi anak bini dia. Kita nak tolong tak pandai nak meniaga ke apa. Gaji pula minta kenaikan gred lain yang mencanak naik. Kami punya gred dah sama dengan kenaikan gred bawah. Tapi kerja tetap sama dan makin menimbun.

Walaubagaimanapun, sekarang alhamdulillah di tempat baru makin kurang stress dan sekarang menanti waktu tuk baby keluar. Dijangka bulan 7 ni due jika takda masalah. Risau sebab period tak teratur jadi tak tahu tarikh sebetulnya. Apa pun doakan tuk kami semua selamat dan dimurahkan rezeki serta kesihatan yang berpanjangan.

Sarapan pagi Warung Koppi 70's

Semenjak ada rumah di Semenyih semakin senang kami laki bini jadi hunter kedai makan terutama bagi sarapan pagi dan tengahari. Walau macam m...