Monday, 29 December 2025
Sarapan pagi Warung Koppi 70's
Wednesday, 10 December 2025
RESAH
Pernah tak rasa diri ini selalu merasa keresahan seperti ada masalah yang tidak pernah selesai.
Sebenarnya tiada tapi fikiran masih melayang entah kemana bersama hati yang tidak tenang.
Badan yang penuh rasa kegelisahan. Penat dan letih seperti berlari ratusan kilometer.
Cuba merenung pada alam dengan harapan ia pergi bersama angin yang menyapa.
Sayangnya, jiwa dan raga masih lagi lelah seperti tiada penghujungnya.
Adakah diri ini telah jauh dari NYA sehingga tiada rasa ketenangan di segenap hati.
Adakah masih ada harapan untuk mengejar lebih rapat dan mendekat NYA.
Monday, 16 June 2025
Tahun 2025
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Dah pertengahan tahun 2025 baru sempat nak update dekat sini. Berikutan tahun 2024 adalah tahun yang tersangat mencabar. Sampaikan nyaris-nyaris nak serah diri ke hospital bahagian psikiatri, dah cakap pada ketua jabatan sebelum ni tapi boleh pula dia kata tahan dan kata nanti dulu. Hati masa tu tak tahu nak cakap macam mana. Sudahlah stress punya pasai sampai tahun 2024 period waktu tu memang tak normal dan tak stabil. Dalam mimpi pun duk mimpi pasal masalah kerja.
Last sekali kita mohon pertukaran, walaupun pertukaran tu menyebabkan kita berjauhan dari suami tercintah. Tapi itu saja jalan terbaik waktu tu. Dah mohon pindah alhamdulillah sekali mohon lulus dan dapat pindah. Sampai saja di tempat baru tak sampai sebulan ketua jabatan pun dapat pindah. Tak tahu la nak nangis ke nak gelak.
Tahun 2025 ni juga pertambahan ahli baru dalam keluarga kecil kami. Rezeki yang tak dijangka, Alhamdulillah. Elok kami sekeluarga pi beli kereta baru, tergerak hati kita nak buat pregnancy test gara-gara anak sulung tegur dalam perut umi ada baby ke. Sebelum ni perut buncit dari tu tak da pulak dia nak tegur pun. Beli lah kita dalam 2 test kit pregnacy, 2 test semua positive. Waktu tu marah dan keliru semua ada, sebab kita dah tambah komitmen baru. Lepas beli rumah upgrade pula kereta besor sikit sebab anak semua duk asyik cakap sempit. Lagi pening sebab kita nya mengandung semua kena GDM lebih mudah kata diabetes waktu mengandung. Jadi risiko tu makin tinggi pada diri dengan baby. Kita mengandung kali keempat untuk tahun 2025 ni.
Habislah suami tercintah kena marah, dia duk pujuk kata takpa rezeki ada. Dia boleh usaha lagi tambah rezeki tuk bagi anak bini dia. Kita nak tolong tak pandai nak meniaga ke apa. Gaji pula minta kenaikan gred lain yang mencanak naik. Kami punya gred dah sama dengan kenaikan gred bawah. Tapi kerja tetap sama dan makin menimbun.
Walaubagaimanapun, sekarang alhamdulillah di tempat baru makin kurang stress dan sekarang menanti waktu tuk baby keluar. Dijangka bulan 7 ni due jika takda masalah. Risau sebab period tak teratur jadi tak tahu tarikh sebetulnya. Apa pun doakan tuk kami semua selamat dan dimurahkan rezeki serta kesihatan yang berpanjangan.
Monday, 6 November 2023
Sunday, 5 November 2023
GAZA FREE PALESTINE
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Keadaan di Gaza Palestine semakin meruncing dengan ledakan bom bertalu-talu dihantar oleh zionist dengan menggunakan alasan berikutan adalah kubu Hamas. Lagi menambahkan kemarahan dunia, zionist mengatakan Penduduk Palestine menggunakan diri sebagai benteng Hamas maka bom genocide disasarkan di tempat awam seperti hospital, rumah, sekolah, masjid, gereja dan juga tempat perlindungan.
Perlu diingatkan Zionist tidak suka jews atau dikenali sebagai agama yahudi dikatakan sama atau ada kaitan dengan agama kristian. Ini ditegaskan sendiri oleh pemimpin zionist sendiri. Jika lihat dilaman sosial berbagai video telah memaparkan mereka tidak suka disamakan dengan agama kristian. Bagi mereka agama jews adalah jauh berbeza dari agma kristian.
Jews menjadikan bintang seperti lambang hak mutlak agama mereka. Mereka memanipulasikan lambang bintang itu adalah dari agama mereka. Padahal agama islam juga ada menggunakan bintang untuk hiasan masjid dan juga al-quran.
Boikot
Sekarang hampir satu dunia menyertai solidariti dan juga memboikot mana-mana company atau syarikat yang secara terang-terangan memberi sokongan, bantuan dan pembiayaan kepada zionist. Jika dahulu hanya Malaysia dan juga beberapa negara muslim sahaja yang lantang bersuara. Tetapi kini hampir semua negara besar turut menyertai.
Mungkin yang terkesan adalah mereka yang bekerja bersama syarikat terbabit, insha allah akan ada ramai yang akan cuba membantu dan ingat bahawa rezeki luas dan adalah kuasa Allah. Sesetengah negara telah memutuskan untuk tidak menggunakan nama syarikat terbabit dengan menggantikan nama yang lain tapi masih menggunakan jualan yang sama tanpa perlu lagi membayar royalti.
Pada masa ini juga peniaga tempatan perlu mengambil kesempatan untuk melonjakkan jenama mereka sendiri sekaligus membuka lebih banyak ruang pekerjaan kepada yang memerlukan. Jadi segala yang berlaku ada hikmahnya.
1948
Tahun 1948 adalah permulaan Palestine kehilangan Tanah air mereka sedikit demi sedikit. Tahun ini juga dikenali sebagai NAKBA, rampasan yang dilakukan oleh zionist terhadap rakyat Plaestine yang memberi perlindungan kepada jews ketika zaman Holocoust. Malangnya mereka menggunakan cara yang sama ke atas rakyat Palestine.
Jika melihat dokumentari yang dilakukan, tiada rasa sesal atau bersalah dengan apa yang dilakukan zionist terhadap rakyat Palestine. Malah mereka rasa gembira dan bangga dengan apa yang mereka lakukan.
Mari besama-sama kita bantu jika tidak mampu dari fizikal atau kewangan, kita sebarkan dengan fakta yang benar kepada seluruh dunia tentang apa pihak zionist telah kakukan kepada Palestine. Buka mata mereka siapa sebenanrnya yang Salah dalam peperangan kali ini.
Tuesday, 24 October 2023
Sambal Ikan Bilis
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Saya akan kongsikan resepi sambal ikan bilis ala kampung bagi saya. Resepi ini saya dapat daripada emak kepada kawan saya. Semasa beliau bekerja di sini memang selalu bawa masakan emak beliau ke sekolah. Emaknya memang tukang masak yang cikgu dan staff kenal dan suka sebab mereka sekeluarga pernah jadi pengusaha kantin di sekolah kami.
Semasa beliau jadi pengusaha kantin, selalu guru dan staff bungkus bawa balik. Sedap sungguh kata mereka. Bagi saya memang sedap terutama sambal petai ikan bilis masak tempoyak. Sampai sekarang masih teringat dan sambil menulis pun boleh buat kecur air liur.
Jadi saya akan kongsi resepi emak beliau dahulu sebelum saya bagi resepi durhaka saya. Tiada sukatan sebab beliau bagi asas, tidak berani nak tanya banyak pada emak katanya. Hahaha..
Resepi Sambal Ikan Bilis (sebelum durhaka)
bawang merah besar
ciling giling atau kisar (pedas ikut selera)
asam keping
garam
santan pekat (sedikit sahaja, ini penyedap katanya)
Resepi Ikan Bilis (selepas durhaka)
1 1/2 bawang merah besar**
1 ulas bawang putih**
Setengah bawang holland
3 Sudu Besar cili kisar @ Ciling giling
Segenggam besar ikan kupas (digoreng rangup)
Asam keping
1 1/2 sudu besar Santan Pekat
Garam
Serbuk perasa
Cara-cara
1. Kisar bahan yang bertanda sehingga halus, Kemudian masuk ke dalam minyak yang sudah dipanaskan. Tumis sehingga naik bau dan pecah minyak minyak. Kemudian masukkan cili kisar tumis lagi sampai pecah minyak.
2. Rasa cili sudah masak masukkan air, asam keping, bawang holland yang telah dihiris besar dan suku atau setengah ikan bilis yang telah digoreng tadi. Tinggal separuh untuk di masuk kemudian. Sudah kering separuh air yang masuk tadi masukkan santan, garam dan serbuk perasa.
3. Air atau sambal nampak likat sedikit masukkan lebihan ikan bilis goreng tadi. Rasa jika perlu tambah garam lagi. Kalau rasa nak manis masukkan sedikit gula. Tapi sekarang kami dah tak letak gula.
4. Jika nak masukkan petai boleh masuk sekali masa letak air tadi. Resepi tiada yang betul atau yang salah. Semuanya ikut citarasa serta anak tekak masing-masing.
Sekian dan Selamat Mencuba Semua 😊
Thursday, 19 October 2023
Kembali Lagi
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
HAI SEMUA DAN HELLO 2023 😆
Dah lama tinggal laman di sini, semenjak habis pkp, bekerja dan sekarang dah masuk anak ketiga. Zaman sekarang penuh dengan aplikasi yang menarik. Yang suka membaca pun dah berkurang. Lebih kepada yang bergerak dan mendengar.
Nampak ayat kami semakin matang menunjukkan umur semakin meningkat. Tak mengapa umur sahaja meningkat muka masih kekal remaja. Hahaha....
Tapi semenjak kembali bekerja terutama sekarang sudah bekerja di sektor kerajaan. Alhamdulillah rezeki keluarga kecil dan anak-anak kami, saya menerima tawaran temuduga ketika satu dunia dilanda covid dan negara sedang melakukan PKP. Semuanya yang berlaku bagi kami ada hikmahnya kerana tawaran temuduga berlangsung saya sedang mengandung. Temuduga waktu itu dibuat secara rakaman.
Suami sebagai jurukamera tak bertauliah (terima kasih sayangku). Saya mendapat tawaran di Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai Pembantu Tadbir (perkeranian/operasi) gred N19 di sekolah menengah.
Semua perlu tahu terutama yang muda-muda sebab saya sendiri tidak tahu untuk permohonan dibahagian Pelajaran kena mohon di SPP bukan SPA. Bila rakan lain beritahu baru saya tergesa-gesa mohon. Selama ini saya hanya mohon di SPA(Suruhanjaya Perkhidmatan Awam). Tidak tahu akan kewujudan SPP(Suruhanjaya Pendidikan Pelajaran) ni hahahaha.....
Selepas ini mungkin di blog ini akan penuh dengan kaitan pekerjaan sebagai simpanan dan rujukan saya dan juga mungkin bagi anda yang lain.
Jumpa lagi....
Wednesday, 13 February 2019
Dahulu vs Sekarang
Monday, 3 December 2018
Setandan Pisang
Monday, 24 September 2018
Gimbap @ Kimbap
Nak jadikan cerita adik akak yang bongsu ni dah lama mengidam nak makan gimbap aka kimbap. kakak dan abang dia yang baik hati ni bila buat gimbap selalu duk tayang dalam whatssup group keluarga. Kekadang saja buat video call nak bagi berapi sikit. Maka asal jumpa selalu sangat duk mintak buat gimbap. Tapi kakak dan abang beliau tersangat la tak berapa nak rajin. Berhuhuhu jela dia mendapat.
Kebetulan pula sifat kerajinan akak datang. Masa beli barang dapur untuk mak. Akak dah sesiap pesan barang apa yang kena beli. Tapi bila sampai rumah check semula rupanya masih ada lagi barang yang terlupa nak ambil. Nak mencari barang yang takde dekat kampung memang dalam mimpi jela. Nasib barang yang penting semua cukup. Maka akak dengan berbesar hati untuk berkongsi resepi yang mudah siap sambil pejam mata pun boleh buatlah.
GIMBAP
Cara-cara persediaan
Untuk yang tak berapa yakin nak gulung pakai tangan. Boleh pakai buluh nak gulung. Memula letak rumpai laut dulu. Hati-hati supaya tak pecah, letak nasi tadi sesuku sahaja dari rumpai laut.
Kemudian baru letak segala sayur, daging dan telur. Gulung sehingga semua isi tertutup tekan sedikit. Selepas tu baru buat lagi gulungan seterusnya dan tekan lagi. Ulang sampai gulungan terakhir.
Dah siap semua boleh dimakan macm tu sahaja atau potong kecil-kecil.
**Gimbap nie memang mengenyangkan. Sesuai dibuat lunch bawa bekal ke ofis.
Sesuai juga untuk sesiapa yang diet. Boleh buat sepenuhnya sayur.
Untuk anak-anak ke sekolah boleh digantikan dengan hotdog.
***Jika rasa kosong boleh sedia pencicah atau side dish yang lain. Kimchi, gochujang adalah selalu akak makan dengan gimbap. Takde boleh ganti dengan sambal melayu kita.
SELAMAT MENCUBA!
Nak share boleh tapi sila beri kredit anda kesini.
Friday, 6 July 2018
Dilemma
Sarapan pagi Warung Koppi 70's
Semenjak ada rumah di Semenyih semakin senang kami laki bini jadi hunter kedai makan terutama bagi sarapan pagi dan tengahari. Walau macam m...
-
Zaman sekarang tidak lagi macam zaman dahulu, semuanya nampak berbeza tapi sebenarnya sama, mungkin ada yang berkata zaman dahulu lagi ...
-
Musim cuti panjang ni memang hakak takde masa nak update blog sebab memanjang keluar je disamping dalam rumah hakak internet macam nak bagi...
-
Semalam hakak baru terima kad ceria sekali dengan parcel. Kepada yang tidak tahu, kad ceria ini dikeluarkan oleh Kementerian Wilayah Perse...
-
Siapa yang suka makan sotong dalam tin cuba komen sikit. Hakak dulu tak bape berkenan dengan sotong dalam tin ni. Dah la hitam tebal semaca...
-
Selamat Tahun Baru semua!!! Hakak harap semua dah sedia dengan azam baru dengan semangat yang baru. Segala masalah lama punya pada tahun lep...


