Dah masuk pertengahan tahun 2026, lagi tahun tiga tahun buka mata dah masuk umur 40 tahun. Sejak akhir-akhir ini rindu betul dengan zaman myspace, friendster, cartoon sailormoon dan zaman yang penuh blogger. Zaman yang perlu menghadap televisyen dan juga komputer. Sempat juga zaman group sembang dalam komputer beramai-ramai. RINDUNYA..............
Waktu tu banyak masalah pun tak serasa serabut seperti sekarang. Mungkin waktu tu telefon memang hanya dipakai untuk panggilan dan mesej sahaja. Tiada tatapan terus selama berjam-jam. Ketagihan yang melampau, seolah-olah seperti penagih. Gelisah sepanjang masa jika telefon tak berada dalam tangan atau di depan mata. Jika telefon tiada seperti kita akan rasa ketinggalan atau ditinggalkan.
Cuba kita fikir bersama
Macam mana nak hilangkan ketagih telefon ni?
Terutama kerja yang memerlukan kau kena periksa mesej sepanjang masa 😐
.jpg)