Monday 6 November 2023

Sunday 5 November 2023

GAZA FREE PALESTINE

 Assalamualaikum dan salam sejahtera

Keadaan di Gaza Palestine semakin meruncing dengan ledakan bom bertalu-talu dihantar oleh zionist dengan menggunakan alasan berikutan adalah kubu Hamas. Lagi menambahkan kemarahan dunia, zionist mengatakan Penduduk Palestine menggunakan diri sebagai benteng Hamas maka bom genocide disasarkan di tempat awam seperti hospital, rumah, sekolah, masjid, gereja dan juga tempat perlindungan.

Perlu diingatkan Zionist tidak suka jews atau dikenali sebagai agama yahudi dikatakan sama atau ada kaitan dengan agama kristian. Ini ditegaskan sendiri oleh pemimpin zionist sendiri. Jika lihat dilaman sosial berbagai video telah memaparkan mereka tidak suka disamakan dengan agama kristian. Bagi mereka agama jews adalah jauh berbeza dari agma kristian. 

Jews menjadikan bintang seperti lambang hak mutlak agama mereka. Mereka memanipulasikan lambang bintang itu adalah dari agama mereka. Padahal agama islam juga ada menggunakan bintang untuk hiasan masjid dan juga al-quran. 

Boikot

Sekarang hampir satu dunia menyertai solidariti dan juga memboikot mana-mana company atau syarikat yang secara terang-terangan memberi sokongan, bantuan dan pembiayaan kepada zionist. Jika dahulu hanya Malaysia dan juga beberapa negara muslim sahaja yang lantang bersuara. Tetapi kini hampir semua negara besar turut menyertai. 

Mungkin yang terkesan adalah mereka yang bekerja bersama syarikat terbabit, insha allah akan ada ramai yang akan cuba membantu dan ingat bahawa rezeki luas dan adalah kuasa Allah. Sesetengah negara telah memutuskan untuk tidak menggunakan nama syarikat terbabit dengan menggantikan nama yang lain tapi masih menggunakan jualan yang sama tanpa perlu lagi membayar royalti. 

Pada masa ini juga peniaga tempatan perlu mengambil kesempatan untuk melonjakkan jenama mereka sendiri sekaligus membuka lebih banyak ruang pekerjaan kepada yang memerlukan. Jadi segala yang berlaku ada hikmahnya.

1948

Tahun 1948 adalah permulaan Palestine kehilangan Tanah air mereka sedikit demi sedikit. Tahun ini juga dikenali sebagai NAKBA, rampasan yang dilakukan oleh zionist terhadap rakyat Plaestine yang memberi perlindungan kepada jews ketika zaman Holocoust. Malangnya mereka menggunakan cara yang sama ke atas rakyat Palestine. 

Jika melihat dokumentari yang dilakukan, tiada rasa sesal atau bersalah dengan apa yang dilakukan zionist terhadap rakyat Palestine. Malah mereka rasa gembira dan bangga dengan apa yang mereka lakukan.


Mari besama-sama kita bantu jika tidak mampu dari fizikal atau kewangan, kita sebarkan dengan fakta yang benar kepada seluruh dunia tentang apa pihak zionist telah kakukan kepada Palestine. Buka mata mereka siapa sebenanrnya yang Salah dalam peperangan kali ini.

Tuesday 24 October 2023

Sambal Ikan Bilis

 Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.


Saya akan kongsikan resepi sambal ikan bilis ala kampung bagi saya. Resepi ini saya dapat daripada emak kepada kawan saya. Semasa beliau bekerja di sini memang selalu bawa masakan emak beliau ke sekolah. Emaknya memang tukang masak yang cikgu dan staff kenal dan suka sebab mereka sekeluarga pernah jadi pengusaha kantin di sekolah kami. 

Semasa beliau jadi pengusaha kantin, selalu guru dan staff bungkus bawa balik. Sedap sungguh kata mereka. Bagi saya memang sedap terutama sambal petai ikan bilis masak tempoyak. Sampai sekarang masih teringat dan sambil menulis pun boleh buat kecur air liur. 

Jadi saya akan kongsi resepi emak beliau dahulu sebelum saya bagi resepi durhaka saya. Tiada sukatan sebab beliau bagi asas, tidak berani nak tanya banyak pada emak katanya. Hahaha..


Resepi Sambal Ikan Bilis (sebelum durhaka)

ikan bilis (goreng atau tidak ikut selera)
bawang merah besar
ciling giling atau kisar (pedas ikut selera)
asam keping 
garam
santan pekat (sedikit sahaja, ini penyedap katanya)


Resepi Ikan Bilis (selepas durhaka)

Setengah inci halia**
1 1/2 bawang merah besar**
1 ulas bawang putih**
Setengah bawang holland
3 Sudu Besar cili kisar @ Ciling giling
Segenggam besar ikan kupas (digoreng rangup)
Asam keping
1 1/2 sudu besar Santan Pekat
Garam
Serbuk perasa


Cara-cara

1. Kisar bahan yang bertanda sehingga halus, Kemudian masuk ke dalam minyak yang sudah dipanaskan. Tumis sehingga naik bau dan pecah minyak minyak. Kemudian masukkan cili kisar tumis lagi sampai pecah minyak.

2. Rasa cili sudah masak masukkan air, asam keping, bawang holland yang telah dihiris besar dan suku atau setengah ikan bilis yang telah digoreng tadi. Tinggal separuh untuk di masuk kemudian. Sudah kering separuh air yang masuk tadi masukkan santan, garam dan serbuk perasa. 

3. Air atau sambal nampak likat sedikit masukkan lebihan ikan bilis goreng tadi. Rasa jika perlu tambah garam lagi. Kalau rasa nak manis masukkan sedikit gula. Tapi sekarang kami dah tak letak gula. 

4. Jika nak masukkan petai boleh masuk sekali masa letak air tadi. Resepi tiada yang betul atau yang salah. Semuanya ikut citarasa serta anak tekak masing-masing.


Sekian dan Selamat Mencuba Semua 😊

Thursday 19 October 2023

Kembali Lagi

 Assalamualaikum dan salam sejahtera,


HAI SEMUA DAN HELLO 2023 😆


Dah lama tinggal laman di sini, semenjak habis pkp, bekerja dan sekarang dah masuk anak ketiga. Zaman sekarang penuh dengan aplikasi yang menarik. Yang suka membaca pun dah berkurang. Lebih kepada yang bergerak dan mendengar. 


Nampak ayat kami semakin matang menunjukkan umur semakin meningkat. Tak mengapa umur sahaja meningkat muka masih kekal remaja. Hahaha.... 


Tapi semenjak kembali bekerja terutama sekarang sudah bekerja di sektor kerajaan. Alhamdulillah rezeki keluarga kecil dan anak-anak kami, saya menerima tawaran temuduga ketika satu dunia dilanda covid dan negara sedang melakukan PKP. Semuanya yang berlaku bagi kami ada hikmahnya kerana tawaran temuduga berlangsung saya sedang mengandung. Temuduga waktu itu dibuat secara rakaman.


Suami sebagai jurukamera tak bertauliah (terima kasih sayangku). Saya mendapat tawaran di Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai Pembantu Tadbir (perkeranian/operasi) gred N19 di sekolah menengah.


Semua perlu tahu terutama yang muda-muda  sebab saya sendiri tidak tahu untuk permohonan dibahagian Pelajaran kena mohon di SPP bukan SPA. Bila rakan lain beritahu baru saya tergesa-gesa mohon. Selama ini saya hanya mohon di SPA(Suruhanjaya Perkhidmatan Awam). Tidak tahu akan kewujudan SPP(Suruhanjaya Pendidikan Pelajaran) ni hahahaha.....


Selepas ini mungkin di blog ini akan penuh dengan kaitan pekerjaan sebagai simpanan dan rujukan saya dan juga mungkin bagi anda yang lain.


Jumpa lagi....

Quotes