Monday 24 July 2017

Anak umur 2 sehingga 3 tahun adalah paling mencabar bagi ibu bapa

Assalamualaikum semua, tahukah anda semua ketika anak kecil membesar pada usia 2 atau 3 tahun adalah yang paling mencabar bagi ibu bapa. Terutama ibu bapa yang masih muda dan juga yang baru ada anak.

Waktu ni anak seakan bermain dengan emosi mereka. Kekadang tengah main elok je dengan mainan kita boleh dengar dia mengamuk siap baling mainan. Emosi mereka sekejap sahaja boleh bertukar. Mengikut sesetengah pakar disebabkan mungkin anak kecil tidak pandai bercakap untuk memberitahu apa yang mereka rasa. Maka mereka mempamerkan melalui emosi atau menyampai melalui tindakan fizikal.

 
*credit untuk uncle GOOGLE

Jadi jangan terkejut bila tengah bawa anak berjalan secara tiba-tiba dia boleh mengamuk macam kena rasuk. Kadang-kadang siap buat lakonan meraung dalam Mall. Kalau ada award memang boleh menanglah time tu.Well, sejujurnya hakak banyak kalah dengan emosi anak. Bermakna hakak selalu marah bila anak mula tantrum atau mengamuk. Anak dia jadi hulk maka mak nya terus menjadi raksasa. Ko rasa siapa yang lagi nampak akalnya pendek. Malu hakak dik non!!!!

*credit untuk uncle GOOGLE lagi

Sebagai orang dewasa kita seharus mengerti bahawa anak kecil masih tidak lagi mampu berfikir seperti kita orang dewasa. Bermakna mereka juga tidak mampu mengawal emosi seperti orang dewasa. Sebagai contoh pernah tengok orang dewasa mula gembira lepas tu marah kemudian menangis. Ada memang ada tapi itu selalunya yang punya sakit mental atau dalam kata erti lainnya gila.




Orang dewasa yang punya akal sepatutnya lebih bijak mengawal situasi ni tanpa menggunakan amarah atau fizikal ke atas anak kecil. Menurut pakar dibiarkan sekejap, kemudian memberi pelukan beserta kata-kata semangat yang lemah - lembut. Untuk orang islam pula kita diunjurkan untuk berzikir, selawat serta berdoa kebaikan anak kecil kepada Allah.

Jadi hakak nak pesan kepada anak-anak muda yang teruja nak kahwin sebab trend atau kawan dah kahwin. Fikir banyak kali sanggup tak galas tanggungjawab sebagai emak bapa ni. Kalau emak bapa dah pening dengan perangai engkau. Jangan korang nak naik tangan pula bila dah anak pun buat perangai sebab emak bapa dulu pun sama je pesennya ☺☺☺

Sunday 23 July 2017

Mid 2017

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Lama tak update status dekat blog. Alih-alih masuk entry pasal Coway. Hahahaha ☺ Terkejut tak semua. hehehe..

Bulan 10 tahun lepas hakak baru je bersalin anak ke dua. Alhamdulillah sepasang sudah, yang kedua anak hakak perempuan namanya NURUL IMAN MARYAM. Kasihan si abang terpaksa putus susu sudah. Tapi alhamdulillah si abang tetap cukup dua tahun susu badan. Insha allah harap adiknya sebegitu juga.

Hakak tak nak bebel panjang. Mungkin blog hakak akan ada selit sikit mengenai coway. Sesiapa dekat Malaysia ni mungkin pernah dengar produk coway kan. Okay hakak akan introduce sikit mengenai produk coway ni.

Coway ni asal dari KOREA yang terdiri daripada pelbagai produk rumah seperti penapis air, penapis udara, water heater, mesin air dan lain2 lagi. Yang bagus mengenai coway ni dia ada kilang sendiri dan juga makmal sendiri. Bermakna mereka tak perlu menumpang mana-mana kilang untuk buat produk mereka.

Coway juga sudah diiktiraf kebersanannya daripada beberapa buah negara yang lain termasuklah Malaysia. Apa yang penting mengenai Coway ni adalah telah mendapat pengiktirafan HALAL oleh JAKIM. Kenapa penting sebab kita Malaysia majoriti ISLAM dan yang terpenting membuktikan Coway menggunakan penggunaan barang yang HALAL dan tidak diragukan. Maka selamat digunakan dalam kehidupan seharian kita. Amin ☺

Kelebihan Coway memang banyak sampai kalau nak cerita dekat sini memang takkan habis. Pertama kita ada sewa beli, bermakna boleh beli terus atau hanya sewa beli. Perbezaan dia dekat sini kalau beli terus Coway akan beri free service selama setahun dan jika sewa beli pulak Coway akan beri free service selama 5 tahun. Perkhidmatan service ni dalam 2 bulan sekali. Bukan 4 bulan sekali tau dan segala barang ganti hanya daripada Coway. Kenapa? kalau rosak ada jaminan dik.

Kalau nak tahu lebih lanjut perbezaan coway dengan produk lain boleh PM/Whatsapp/DM hakak di nombor telefon 0189614663. Hanya taip 'COWAY' hakak PM korang laju-laju dik

PM/Whatsapp/DM
0189614663
PM/Whatsapp/DM
0189614663
PM/Whatsapp/DM
0189614663
PM/Whatsapp/DM
0189614663


Quotes