Monday 6 November 2023

Sunday 5 November 2023

GAZA FREE PALESTINE

 Assalamualaikum dan salam sejahtera

Keadaan di Gaza Palestine semakin meruncing dengan ledakan bom bertalu-talu dihantar oleh zionist dengan menggunakan alasan berikutan adalah kubu Hamas. Lagi menambahkan kemarahan dunia, zionist mengatakan Penduduk Palestine menggunakan diri sebagai benteng Hamas maka bom genocide disasarkan di tempat awam seperti hospital, rumah, sekolah, masjid, gereja dan juga tempat perlindungan.

Perlu diingatkan Zionist tidak suka jews atau dikenali sebagai agama yahudi dikatakan sama atau ada kaitan dengan agama kristian. Ini ditegaskan sendiri oleh pemimpin zionist sendiri. Jika lihat dilaman sosial berbagai video telah memaparkan mereka tidak suka disamakan dengan agama kristian. Bagi mereka agama jews adalah jauh berbeza dari agma kristian. 

Jews menjadikan bintang seperti lambang hak mutlak agama mereka. Mereka memanipulasikan lambang bintang itu adalah dari agama mereka. Padahal agama islam juga ada menggunakan bintang untuk hiasan masjid dan juga al-quran. 

Boikot

Sekarang hampir satu dunia menyertai solidariti dan juga memboikot mana-mana company atau syarikat yang secara terang-terangan memberi sokongan, bantuan dan pembiayaan kepada zionist. Jika dahulu hanya Malaysia dan juga beberapa negara muslim sahaja yang lantang bersuara. Tetapi kini hampir semua negara besar turut menyertai. 

Mungkin yang terkesan adalah mereka yang bekerja bersama syarikat terbabit, insha allah akan ada ramai yang akan cuba membantu dan ingat bahawa rezeki luas dan adalah kuasa Allah. Sesetengah negara telah memutuskan untuk tidak menggunakan nama syarikat terbabit dengan menggantikan nama yang lain tapi masih menggunakan jualan yang sama tanpa perlu lagi membayar royalti. 

Pada masa ini juga peniaga tempatan perlu mengambil kesempatan untuk melonjakkan jenama mereka sendiri sekaligus membuka lebih banyak ruang pekerjaan kepada yang memerlukan. Jadi segala yang berlaku ada hikmahnya.

1948

Tahun 1948 adalah permulaan Palestine kehilangan Tanah air mereka sedikit demi sedikit. Tahun ini juga dikenali sebagai NAKBA, rampasan yang dilakukan oleh zionist terhadap rakyat Plaestine yang memberi perlindungan kepada jews ketika zaman Holocoust. Malangnya mereka menggunakan cara yang sama ke atas rakyat Palestine. 

Jika melihat dokumentari yang dilakukan, tiada rasa sesal atau bersalah dengan apa yang dilakukan zionist terhadap rakyat Palestine. Malah mereka rasa gembira dan bangga dengan apa yang mereka lakukan.


Mari besama-sama kita bantu jika tidak mampu dari fizikal atau kewangan, kita sebarkan dengan fakta yang benar kepada seluruh dunia tentang apa pihak zionist telah kakukan kepada Palestine. Buka mata mereka siapa sebenanrnya yang Salah dalam peperangan kali ini.

Tuesday 24 October 2023

Sambal Ikan Bilis

 Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.


Saya akan kongsikan resepi sambal ikan bilis ala kampung bagi saya. Resepi ini saya dapat daripada emak kepada kawan saya. Semasa beliau bekerja di sini memang selalu bawa masakan emak beliau ke sekolah. Emaknya memang tukang masak yang cikgu dan staff kenal dan suka sebab mereka sekeluarga pernah jadi pengusaha kantin di sekolah kami. 

Semasa beliau jadi pengusaha kantin, selalu guru dan staff bungkus bawa balik. Sedap sungguh kata mereka. Bagi saya memang sedap terutama sambal petai ikan bilis masak tempoyak. Sampai sekarang masih teringat dan sambil menulis pun boleh buat kecur air liur. 

Jadi saya akan kongsi resepi emak beliau dahulu sebelum saya bagi resepi durhaka saya. Tiada sukatan sebab beliau bagi asas, tidak berani nak tanya banyak pada emak katanya. Hahaha..


Resepi Sambal Ikan Bilis (sebelum durhaka)

ikan bilis (goreng atau tidak ikut selera)
bawang merah besar
ciling giling atau kisar (pedas ikut selera)
asam keping 
garam
santan pekat (sedikit sahaja, ini penyedap katanya)


Resepi Ikan Bilis (selepas durhaka)

Setengah inci halia**
1 1/2 bawang merah besar**
1 ulas bawang putih**
Setengah bawang holland
3 Sudu Besar cili kisar @ Ciling giling
Segenggam besar ikan kupas (digoreng rangup)
Asam keping
1 1/2 sudu besar Santan Pekat
Garam
Serbuk perasa


Cara-cara

1. Kisar bahan yang bertanda sehingga halus, Kemudian masuk ke dalam minyak yang sudah dipanaskan. Tumis sehingga naik bau dan pecah minyak minyak. Kemudian masukkan cili kisar tumis lagi sampai pecah minyak.

2. Rasa cili sudah masak masukkan air, asam keping, bawang holland yang telah dihiris besar dan suku atau setengah ikan bilis yang telah digoreng tadi. Tinggal separuh untuk di masuk kemudian. Sudah kering separuh air yang masuk tadi masukkan santan, garam dan serbuk perasa. 

3. Air atau sambal nampak likat sedikit masukkan lebihan ikan bilis goreng tadi. Rasa jika perlu tambah garam lagi. Kalau rasa nak manis masukkan sedikit gula. Tapi sekarang kami dah tak letak gula. 

4. Jika nak masukkan petai boleh masuk sekali masa letak air tadi. Resepi tiada yang betul atau yang salah. Semuanya ikut citarasa serta anak tekak masing-masing.


Sekian dan Selamat Mencuba Semua 😊

Thursday 19 October 2023

Kembali Lagi

 Assalamualaikum dan salam sejahtera,


HAI SEMUA DAN HELLO 2023 😆


Dah lama tinggal laman di sini, semenjak habis pkp, bekerja dan sekarang dah masuk anak ketiga. Zaman sekarang penuh dengan aplikasi yang menarik. Yang suka membaca pun dah berkurang. Lebih kepada yang bergerak dan mendengar. 


Nampak ayat kami semakin matang menunjukkan umur semakin meningkat. Tak mengapa umur sahaja meningkat muka masih kekal remaja. Hahaha.... 


Tapi semenjak kembali bekerja terutama sekarang sudah bekerja di sektor kerajaan. Alhamdulillah rezeki keluarga kecil dan anak-anak kami, saya menerima tawaran temuduga ketika satu dunia dilanda covid dan negara sedang melakukan PKP. Semuanya yang berlaku bagi kami ada hikmahnya kerana tawaran temuduga berlangsung saya sedang mengandung. Temuduga waktu itu dibuat secara rakaman.


Suami sebagai jurukamera tak bertauliah (terima kasih sayangku). Saya mendapat tawaran di Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai Pembantu Tadbir (perkeranian/operasi) gred N19 di sekolah menengah.


Semua perlu tahu terutama yang muda-muda  sebab saya sendiri tidak tahu untuk permohonan dibahagian Pelajaran kena mohon di SPP bukan SPA. Bila rakan lain beritahu baru saya tergesa-gesa mohon. Selama ini saya hanya mohon di SPA(Suruhanjaya Perkhidmatan Awam). Tidak tahu akan kewujudan SPP(Suruhanjaya Pendidikan Pelajaran) ni hahahaha.....


Selepas ini mungkin di blog ini akan penuh dengan kaitan pekerjaan sebagai simpanan dan rujukan saya dan juga mungkin bagi anda yang lain.


Jumpa lagi....

Wednesday 13 February 2019

Dahulu vs Sekarang

Zaman sekarang tidak lagi macam zaman dahulu,
semuanya nampak berbeza tapi sebenarnya sama,
mungkin ada yang berkata zaman dahulu lagi penuh ranjau duri,
lagi berbahaya penuh dengan perang,
keluar rumah senantiasa berjaga,
bimbang diserang hendap.

Zaman sekarang mungkin tiada perang,
tapi tetap berbahaya,
walaupun didalam rumah sendiri pun kau masih tidak selamat,
senantiasa berjaga kerana serangan hendap sentiasa disekeliling,
jika jiwa mu mudah goyang,
nyawa mu boleh melayang sendiri.

dahulu semuanya susah,
ingin sesuatu kena bermula dari awal sehingga akhir,
tetapi nikmatnya tidak terkata,
sekarang hampir semua di hujung jari,
tapi sayang,
andai tersilap sedikit,
kau hanyut jauh dari landasan,
nikmatnya mungkin ada,
tapi rasa manisnya hanya sedikit.




Monday 3 December 2018

Setandan Pisang






Dalam setandan pisang bukan semuanya elok,
Pasti ada yang buruk atau busuk,
Jadi elok dibuang sebelum merebak kepada pisang yang lain,

Sama juga dengan manusia,
Dalam kumpulan bukan semuanya baik,
Pasti ada yang busuk hati,
Dari di simpan baik dikeluarkan,
Sebelum merebak kepada yang lain,
Atau anda sendiri jauhkan diri daripadanya.

Monday 24 September 2018

Gimbap @ Kimbap

Hari Malaysia akak sekeluarga balik kampung akak, kebetulan adik akak yang bongsu cuti semestar. Maka bergerak la kami  pulang ke kampung di Pahang. Alhamdulillah hanya di kawasan tol sahaja yang perlahan kenderaan bergerak. Selepasnya akak berjaya membawa dengan jayanya. Hahahahaha.

Nak jadikan cerita adik akak yang bongsu ni dah lama mengidam nak makan gimbap aka kimbap. kakak dan abang dia yang baik hati ni bila buat gimbap selalu duk tayang dalam whatssup group keluarga. Kekadang saja buat video call nak bagi berapi sikit. Maka asal jumpa selalu sangat duk mintak buat gimbap. Tapi kakak dan abang beliau tersangat la tak berapa nak rajin. Berhuhuhu jela dia mendapat.

Kebetulan pula sifat kerajinan akak datang. Masa beli barang dapur untuk mak. Akak dah sesiap pesan barang apa yang kena beli. Tapi bila sampai rumah check semula rupanya masih ada lagi barang yang terlupa nak ambil. Nak mencari barang yang takde dekat kampung memang dalam mimpi jela. Nasib barang yang penting semua cukup. Maka akak dengan berbesar hati untuk berkongsi resepi yang mudah siap sambil pejam mata pun boleh buatlah.

GIMBAP

Bahan-bahan
beras (jenama sumo)
daging
telur
lobak merah
bayam
zukini
minyak bijan
rumpai laut
garam

Cara-cara
Beras sumo tu selalu ada jual dekat pasaraya besar. Selalu jual dalam paket kecil. Arahan memasak ada tunjuk dekat plastik beras. Sebab akak tak suka lembik atau melekit sangat jadi untuk sukatan air akak kurangkan kuantiti air daripada yang sepatutnya. Selepas nasi tadi dah masak masuk sedikit garam dan minyak bijan untuk aroma dan rasa. Kemudian biarkan dalam setengah jam. 

Sementara menunggu beras tadi sejuk sedikit, sediakan bahan yang lain. Lobak merah potong dalam keadaan memanjang. Begitu juga dengan zukini. Zukini dan lobak merah ni pilihan. Kalau x nak masuk pun boleh. Untuk bayam pula hanya rebus seketika. Dah agak masak atau lembut angkat. Perah bagi buang air sedikit. Kemudian tabur sedikit garam dan sedikit minyak bijan. Untuk sayur yang perlu di tumis pun sama. Garam dan minyak bijan sedikit. 

Untuk telur pula sama sahaja macam telur dadar. Cuma kalau boleh tebal sikit dan lebar sebab kita nak memotong dalam keadaan memanjang. Bagi daging pula sama ada potong dalam keadaan halus memanjang atau kecil sahaja. Supaya makan nanti tak liat, untuk daging akak suka perap dengan kicap dan sedikit bijan. Kemudian tumis sampai masak.


Cara-cara persediaan 
Untuk yang tak berapa yakin nak gulung pakai tangan. Boleh pakai buluh nak gulung. Memula letak rumpai laut dulu. Hati-hati supaya tak pecah, letak nasi tadi sesuku sahaja dari rumpai laut.

Kemudian baru letak segala sayur, daging dan telur. Gulung sehingga semua isi tertutup tekan sedikit. Selepas tu baru buat lagi gulungan seterusnya dan tekan lagi. Ulang sampai gulungan terakhir.
Dah siap semua boleh dimakan macm tu sahaja atau potong kecil-kecil.




**Gimbap nie memang mengenyangkan. Sesuai dibuat lunch bawa bekal ke ofis. 
Sesuai juga untuk sesiapa yang diet. Boleh buat sepenuhnya sayur.
Untuk anak-anak ke sekolah boleh digantikan dengan hotdog.

***Jika rasa kosong boleh sedia pencicah atau side dish yang lain. Kimchi, gochujang adalah selalu akak makan dengan gimbap. Takde boleh ganti dengan sambal melayu kita.

SELAMAT MENCUBA!

Nak share boleh tapi sila beri kredit anda kesini. 

Friday 6 July 2018

Dilemma

Sudah agak berbulan hakak tak buka blog ni. tiada kesempatan nak masuk dan bila ada masa perasaan malas terlebih dahulu menguasai diri. Sudahnya bersawang saja lah blog hakak ni.

Dalam beberapa bulan ini, banyak perkara yang berlaku di sekeliling hakak dan juga keluarga hakak. Dimana sampai satu tahap hakak rasa nak give up, rasa menyampah dan rasa nak menyumpah tiap hari dengan apa yang berlaku. Hakak cuba lari tapi hakak rasa makin teruk.

Sekarang apa yang buat hakak just ignore saja. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Walaupun kekadang terlekat juga dalam kepala otak hakak. Cuba untuk menjadi yang terbaik. Sebaliknya keadaan semakin teruk. Ya makin teruk dan beri kesan kepada sekeliling hakak. 

Pretasi kerja hakak makin  merundum jatuh teruk sehingga dipanggil oleh senior. Di rumah mood hakak jadi swing. Tiba-tiba sahaja hakak boleh naik darah dalam kata erti lain anak buat silap sikit sahaja hakak dah marah. Kasihan anak same to husband hakak, dia pun terkena dengan hakak.

Jadi sekarang apa yang hakak boleh buat sekarang. Masih lagi mencuba mengawal perasaan walaupun masih lagi terlepas. Tidak berfikir banyak perkara dalam satu masa dan cuba selesaikan masalah satu persatu. Dan paling penting mencuba untuk tidak melarikan diri daripada masalah lagi. 

Wish me luck!!!!!


Wednesday 10 January 2018

SELAMAT TAHUN BARU 2018!

Selamat Tahun Baru semua!!! Hakak harap semua dah sedia dengan azam baru dengan semangat yang baru. Segala masalah lama punya pada tahun lepas tinggalkan saja dalam buku lama. Jika masalah tu terbawa kehadapan jadikan sebagai salah satu senarai untuk perbaiki kearah yang lebih baik. Nampak tak hakak boleh jadi sebagai pakar motivasi. Hehehe.

Nak tahu azam hakak? Azam hakak sentiasa sama seperti tahun sebelumnya iaitu menjadi yang lebih baik dan lebih berusaha. Awat lebih berusaha? sebab hakak ni tergolong dalam kalangan orang yang MALAS. Malas nak jaga muka, malas nak kemas rumah sangat, malas nak nak buat itu inilah senang cerita. Jadi hakak sentiasa cuba perbaiki masalah itu selepas hakak belajar sehinggalah hakak dah beranak dua.

Well!! hujung-hujung tahun lepas hakak senyap sekejap sebab hakak kerja dalam bidang yang baru dan tempat yang baru. Bermaksud company hakak kerja baru sahaja takeover that's place. Memang super busy bila ada terpaksa ambil alih daripada orang lain dengan segalanya zero atau kosong bagi anda. Maka blog hakak jadi berhabuk sekejap.

Sebenarnya banyak cerita hakak nak kongsi tapi sayang sentiasa tiada masa. Masa yang ada hakak guna untuk berehat secukupnya. Why? sebab hakak rasa sekarang masa kerja hakak jadi 24 jam. Awal pagi pergi kerja, balik rumah terus masak dan jaga anak yang sekarang makin suka tidur lewat malam. Hakak tak pasti macam mana mereka boleh dapat habit lagu tu.

Jadi untuk mengelakkan blog hakak berhabuk dan sunyi sepi. Hakak dah merancang pelbagai isi kandungan untuk tatapan mata dan jiwa anda semua. Cewahhhhh!!!!

Sebelum hakak akhiri bebelan panjang hari ni, hakak nak ucapkan terima kasih diatas beberapa kemenangan yang hakak dapat daripada peraduan yang hakak masuk. Baik semua hakak chowww dulu. Jangan terlalu merindui hakak tahu.

Thursday 19 October 2017

Taman Burung Kuala Lumpur (Part 2)

Sambungan (Part 1)




Seksyen untuk burung Kakak tua ni tak berapa banyak sangat yang dilepaskan. Dan hakak tak berapa nak syorkan untuk hulur tangan kosong sebab hakak nyaris dipatuknya. Maka anda standby beli kuaci yang hakak sarankan beli dari luar sebab harga didalam hanya buat anda berpikir berpuluh kali nak beli.

Kawasan burung hantu jangan pula korang ambil gambar pakai flash. Dah ada signboard dekat situ. Masa tu ada la sekor dua je yang buka mata. Yang lain semua tengah membuta.



Ni dah nak balik baru la nampak merak duk kembang ekor. Sekor pun sekor la.

Laki hakak bagitahu yang burung dekat situ dah tak banyak yang lepas macam dulu. Dalam sangkar pun sama atau mungkin masa hakak pergi suhu panas sangat sampai duk menyorok tempat teduh dan sejuk.

Ada juga persembahan burung, mereka buat dua kali yang hakak tengok dalam pukul 3.30 petang. Persembahan pertama hakak tak pasti pukul berapa. 

Mereka ada galeri dan education room yang hakak rasa tak berapa nak education dan galeri sangat. Wafiq suka masuk bahagian education sebab ada sediakan 2 tab yang mula hakak ingat slide show untuk penerangan rupanya hanya game yang ada.

Hakak rasa banyak benda lagi yang harus mereka upgrade. Mungkin dari segi penambahan haiwan dan juga bahagian galeri dan education memang hakak rasa mereka perlu baik pulih untuk pemahaman kanak-kanak.

Fee
Dewasa : RM 27.00
Kanak-kanak 3 -12 tahun : RM 13.00
Bawah 2 tahun percuma



Taman Burung Kuala Lumpur (Part 1)

Masa deepavali hakak ingat nak duk rumah je sebab sekarang cuaca panas yang amat. Sampai duk dalam rumah pun macam duk dalam oven.

Tetiba laki hakak pi gatai mulut duk tanya nak pergi mana. Rancang nak pergi Farm in the City dekat Seri Kembangan tapi disebabkan tengah bulan dan bajet pula lari. Maka hakak cadang Taman dekat Taman Perdana yang pasti hakak tersalah masuk. Ku sangka Taman Rama-rama rupanya Taman Burung daku masuk. Aduhai... Malas nak u turn hakak biorkan je. Lagipun laki hakak yang bayar bukan duit hakak. HAHAHAHA

Mula-mula masuk Maryam tengah khusyuk duk tidur. Nasib tak sampai 10 minit dia bangun semula.

Wafiq memula je seronok nampak burung selebihnya dia excited nampak ikan berlambak dalam kolam.



Ini antara burung yang akan selalu nampak berkeliaran dekat Taman Burung. Ada ayam tapi hakak hanya nampak dalam 2 ekor je yang duk lepas. 


Dua jenis burung ni kami nampak sekali je. Kalau ada nampak lebih dari sekor untung la korang. Penat pusing itu je nampak.

Fee masuk untuk mykad je yang hakak ingat

Dewasa : RM 27.00
Kanak-kanak 3 - 12 tahun : RM 13.00
2 tahun ke bawah free.




Quotes