Anak umur 2 sehingga 3 tahun adalah paling mencabar bagi ibu bapa

Assalamualaikum semua, tahukah anda semua ketika anak kecil membesar pada usia 2 atau 3 tahun adalah yang paling mencabar bagi ibu bapa. Terutama ibu bapa yang masih muda dan juga yang baru ada anak.

Waktu ni anak seakan bermain dengan emosi mereka. Kekadang tengah main elok je dengan mainan kita boleh dengar dia mengamuk siap baling mainan. Emosi mereka sekejap sahaja boleh bertukar. Mengikut sesetengah pakar disebabkan mungkin anak kecil tidak pandai bercakap untuk memberitahu apa yang mereka rasa. Maka mereka mempamerkan melalui emosi atau menyampai melalui tindakan fizikal.

 
*credit untuk uncle GOOGLE

Jadi jangan terkejut bila tengah bawa anak berjalan secara tiba-tiba dia boleh mengamuk macam kena rasuk. Kadang-kadang siap buat lakonan meraung dalam Mall. Kalau ada award memang boleh menanglah time tu.Well, sejujurnya hakak banyak kalah dengan emosi anak. Bermakna hakak selalu marah bila anak mula tantrum atau mengamuk. Anak dia jadi hulk maka mak nya terus menjadi raksasa. Ko rasa siapa yang lagi nampak akalnya pendek. Malu hakak dik non!!!!

*credit untuk uncle GOOGLE lagi

Sebagai orang dewasa kita seharus mengerti bahawa anak kecil masih tidak lagi mampu berfikir seperti kita orang dewasa. Bermakna mereka juga tidak mampu mengawal emosi seperti orang dewasa. Sebagai contoh pernah tengok orang dewasa mula gembira lepas tu marah kemudian menangis. Ada memang ada tapi itu selalunya yang punya sakit mental atau dalam kata erti lainnya gila.




Orang dewasa yang punya akal sepatutnya lebih bijak mengawal situasi ni tanpa menggunakan amarah atau fizikal ke atas anak kecil. Menurut pakar dibiarkan sekejap, kemudian memberi pelukan beserta kata-kata semangat yang lemah - lembut. Untuk orang islam pula kita diunjurkan untuk berzikir, selawat serta berdoa kebaikan anak kecil kepada Allah.

Jadi hakak nak pesan kepada anak-anak muda yang teruja nak kahwin sebab trend atau kawan dah kahwin. Fikir banyak kali sanggup tak galas tanggungjawab sebagai emak bapa ni. Kalau emak bapa dah pening dengan perangai engkau. Jangan korang nak naik tangan pula bila dah anak pun buat perangai sebab emak bapa dulu pun sama je pesennya ☺☺☺

No comments:

Post a Comment