Matahari Terbenam di Pantai Morib

Lama betul hakak peram gambar ni. Masa lepas hari merdeka kebetulan mak hakak turun KL, maka kesempatan itu hakak cakap dekat laki hakak mak dah ada dekat KL. Jadi hamba nak berjumpa mak hamba sebab kalau suh balik kampung nanti ekau tak mau alasannya jammed teruk orang kelantan ramai balik kampung. Terpaksa la laki hakak bersetuju. Hahaha...

Nampak muka mak hakak dekat sana. Ini semua adik bawah hakak. Maryam terselit sekali.

Trademark adik beradik hakak adalah hidung kembang semangkuk. Peninggalan arwah bapak yang berharga.

Nampak tak perut hakak tetiba jadi kempis. Hahaha. Budak yang depan tu selalu perasan diri dia mat korea. 

Masa ni duk ngadap pemandangan matahari terbenam di Pantai Morib, Banting. Lawa bak hang hakak terkesima sebentar.

Subhanallah! tengok depan-depan memang cantik sangat.

Sampai terbenam habislah kami duk tengok.


Nampak tak cicak yang hakak duk pegang tu. Kebetulan masa hakak pergi Pantai Morib ada buat macam festival sempena hari Kemerdekaan. Ada pula mini zoo depa buka. Murah je siap bagi diskaun lagi. Binatang tak banyak mana tapi kebanyakkan tak pernah wujud dekat Malaysia. Cicak yang hakak pegang tu hanya ada di Australia sahaja. Ada kura-kura yang dia tak bagi sentuh sebab kura-kura tu jenis karnivor. Silap haribulan boleh putus jari. Siap boleh memanjat ko kura-kura tu.


Hakak terpaksa jauhkan segala binatang dari Maryam. Bukan hakak overprotective pada Maryam. Tapi hakak takut binatang dekat sana mati kena kerja dengan Maryam. Abang Wafiq lari awal-awal lepas tengok umi dia pegang cicak. Abang Wafiq suka benda berbulus-bulus je.



Comments

  1. Cantiknya pemandangan pantai waktu senja.
    Kalau penulis masa macam ni tentu dapat banyak ilham

    ReplyDelete

Post a Comment

Hubungi Saya

Personal blogger dan lifestyle, mom to 2 kids and becoming Fulltime work at home. For inquiry, review, advertising and event email to hunnypie89@gmail.com/018 9614663

Followers

Followers

Instagram

Popular posts from this blog

Segmen Suai Kenal Blogger Seluruh Malaysia

First Giveaway By bukupinky.blogspot.com

FIRST BEAUTY BOX GIVEAWAY BY US WITH LOVE ❤

mini stationery giveaway by mirzasyazwina

Segmen Bloglist Oktober-Disember 2017 + Mini Giveaway Ciklapunyabelog[dot]blogspot[dot]my.

Traveloka menawarkan tempahan Penerbangan yang terbaik

Sotong dalam tin