Saturday, 19 August 2017

Wafiq dan Keisya berpisah tiada

Dalam ramai sepupu dia, keisya la crush dia. Tak boleh hilang daripada pandangan mata. Menjerit-jerit panggil keisya. Jalan berpegang tangan, nak turun tangga berpimpin tangan. Tak pandang dah yang lain.

Baju raya pun sedondon.

Nak amik gambar kena ada keisya dekat sebelah, kalau idak tak mahunya bergambar sekali. Habis gambar raya tahun ni takda dah.

Wafiq dan keisya bertemu setelah berbulan tak jumpa. Malu-malu keisya nak posing.

Balik malam ni tak tau macam mana nak balik rumah memasing. Melekat je.

Jaga adab anda walaupun dihujung DUNIA

Heboh sekarang di media sosial mengenai 3 pelancong Malaysia buat masalah di Jepun. Hakak tak tahu apa punca sampai mereka sanggup pecahkan dinding dan juga buang sisa mereka dalam lubang mandi. Bagi hakak kalau marah sekali pun tidak perlulah anda merosakkan harta benda orang sehingga melibatkan pengeluaran kos baiki yang banyak.



Hanya kesalahan mereka seluruh rakyat Malaysia dikatakan telah di banned kan daripada menginap disitu selepas China dan juga Korea. Nasib pekerja tu hakak tak pasti dia masih lagi bekerja disitu atau tidak.

Semua ketahui bahawa Jepun adalah negara yang amat mementingkan disiplin dan juga masa.Jadi segala peraturan yang telah ditetapkan harus dipatuhi walaupun pada kita kelihatan remeh.

Bukan pertama kali pelancong kita tidak disukai untuk diberi penginapan. Di negara barat pun terjadi bila mereka mengatakan pelancong dari Malaysia Bag packing tempah hotel untuk 2 orang tapi sebenarnya datang berempat. Memanglah anda boleh tidur berhimpit tapi dari segi penggunaan elektrik dan air mereka yang akan tanggung. Jika ingin melancong dalam bajet yang rendah sekalipun jangan sekali-kali menyusahkan orang lain.

Bagi hakak bila anda melancong ke negara orang sila hormat mereka punya adat dan juga undang-undang mereka. Samalah seperti anda ingin mereka hormatkan negara kita, begitu juga mereka. Tunjukkan kepada kita betapa tinggi adab melayu dan juga betapa indahnya akhlak umat islam.



Sekian bebelan hakak untuk isu semasa kali ini.

Lunch box ke tempat kerja

Hakak kalau pergi kerja hakak akan bawa bekal berbanding dulu hakak selalu beli dekat luar tapi disebabkan tak kena dengan anak tekak dan harga makin naik. Maka berbekallah kita ke tempat kerja. Lagi murah, sedap dan banyak. Hehehehe. Tapi kekadang hakak masih beli dekat luar tu pun bila hakak tak masak malam tu.

Cara-cara nak bawa dekat tempat kerja ni pun ada tau. Pertama bekas makanan kenalah pelbagai dari segi bentuk dan juga tahan lama sebab nak guna lama dan hari-hari pakai dan nanti ada yang bersambal la, sup ekor panjang, ikang kering lebar la. That's why kena pelbagai bentuk.

Untuk makanan pulak, sama ada sedia pada awal pagi atau masak pada malam sebelumnya jadi esok hanya panaskan dan bawa je ke tempat kerja. Air pula hakak memang sediakan bekas susu pekat dengan paket pelbagai minuman. Air panas dekat tempat kerja percuma saja. Nak beli bungkus dekat luar je dah dekat RM 2 lebih.


Ini bekal hari jumaat hakak bawa. Nasi tu semampat boleh hakak letak nasi dalam bekas. Lauk sambal terung dan kari ayam khas air tangan akak ipar hakak. Roti bekal waktu pagi. Hakak makan dengan sambal terung. Sodap pula rasanya.

Nasi dah habis licin dah. Roti hakak tinggal untuk kawan hakak dia nak rasa sambal terung akak ipar.
Sodap katanya. Licin semuanya kecuali kari ayam hakak bawa balik rumah ratah je.

Bagi hakak bawa lunch box tak kira ke pejabat atau sekolah adlah menjimatkan. Yang pasti dijamin halal dan bersih sebab sendiri yang buatkan. Melainkanlah anda adalah seorang pemalas pinggan mangkuk pun berkulat memang tak dapat la hakak nak tolong.

Wednesday, 16 August 2017

Kad Ceria menjimatkan perbelanjaan anda

Semalam hakak baru terima kad ceria sekali dengan parcel. Kepada yang tidak tahu, kad ceria ini dikeluarkan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan diberikan secara percuma kepada yang lahir atau telah menetap di kawasan wilayah persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan juga Labuan. Kad ini juga boleh dimohon oleh kakitangan kerajaan yang bekerja di kawasan Wilayah Persekutuan.

Macam mana hakak boleh tahu, sebenarnya kalau pergi dekat KK mart mesti akan perasan gambar kad ni dekat peti wang mereka. Hakak ni perasan sebab orang depan hakak bayar lepas tu dapat diskaun guna kad ceria ni. Kenapa penting? Sekarang harga barang dan minyak makin naik. Jadi walaupun kekadang hanya 5% diskaun ia tetap memberi kesan terutama kepada keluarga yang berpendapatan agak rendah macam keluarga hakak.

Hakak ni boleh mohon sebab laki hakak memang lahir di Kuala Lumpur. Jadi hakak apa lagi terus apply di laman web kadceria.kwp. Boleh juga mohon di pusat kutipan yang telah disediakan. Bagaimana nak tahu diskaun apa yang kita dapat? Jangan risau sebab mereka ada sediakan aplikasi untuk telefon dan juga semasa penhantaran kad ceria mereka akan sedia sekali dengan buku senarai rakan dagang supaya kita boleh tahu tempat atau diskaun kita boleh guna dan dapat. Faham setakat ni.


Abang wafiq jadi model taknak duduk tempat terang maka bergelaplah kita.
Hakak tak boleh buka lampu sebab Maryam tengah tidur masa ni.


Sebelah tu buku senarai rakan dagang. Lagi satu tempat letak buku dengan kad ceria masa kita terima. Jadi berdoalah kad anda terlekat dengan kuat dekat pamphlet supaya tak tercabut masa penghantaran kepada anda. 

Selamat Mohon Semua dan semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan kongsi juga dengan keluarga dan rakan anda.


Yeay! Hadiah dah sampai

Balik dari kerja sampai saja rumah mak mentua nak ambil anak. Terus mak mentua bagi tanpa banyak soal. Senyum lebar muka hakak, nasib mak mentua hakak tak cakap hakak giler tetiba sengih macam kerang busuk.

Dah sampai rumah hakak terus buka parcel, nampak je barang lagi tak berhenti senyum. Hahaha. Okay barang ni hakak dapat daripada Giveaway by Mirzasyazwina. Hakak mengaku masa nama akak diumumkan dekat blog mirza memang hakak rasa nak melompat dah.

Tada parcel dah sampai. Jom kita apa ada dekat dalam.

>

>

>

>

>

>

>

>

>

>

>

>


Inilah semua hadiah yang hakak dah dapat. Comel betul semua barang dia.

Clip pirate yang cute miut. 

Pemadam kecil ni teringat hakak masa zaman sekolah rendah. Masa tu femes dengan macam-macam jenis pemadam. Siap ada bau buah lagi. Dulu beli semata-mata nak buat koleksi je.
Hahahaha.... Sekarang hilang entah kemana.

Pelekat yang super duper comel.

Yea betul hari ni adalah hari terbaik hakak. Mohon hari seterusnya begitu juga.

Inilah satu-satunya stapler yang hakak rasa hakak duk tenung lama-lama.
Tak boleh blah betul dengan design dia. Comel sangat-sangat.

Hakak rasa semangat berkobar-kobar nak join semua Giveaway. Hahaha

Tuesday, 15 August 2017

Kegilaan Laki Bini

Baru-baru ni hakak duk kemas barang makeup nak packing sesiap sebab akak ipar nak pinjam tuk makeup dinner office beliau dekat Melaka nanti. jauh bebenor company dia buat event dinner. Tengah duk hakak keluar balik semua barang baru la hakak perasan yang hakak duk membiakkan alat makeup tanpa hakak sedar. Maigood bila masa hakak beli pun hakak tak ingat. Dasar perempuan betul.

Ini je kot hakak rasa. Malas dah nak cari lagi.

Tengok pallet colour tu semua sapa nak pakai. Ni semua nafsu ketika membeli.

Hokay terselit sekejap Face mask kunyit dari beauty hacks. Berus tu bila nak pakai tak tau.

Ini semua salah Lazada sebab buat jualan murah tu belum masuk dengan diskaun lagi punya musim.

Tengok membazir tak luak langsung. Kegilaan apakah yang hakak hadapi dulu. Hahaha.


Minyak wangi ni bukan hakak punya gila. Ini semua laki hakak punya kerja. Berbotol-botol masih penuh lagi. Hakak tunjuk gambar dekat dengan harapan nak bagitahu minyak wangi dah banyak. Jangan beli lagi. Tapi sebaliknya dia cakap boleh tambah lagi. Whatttttt!!!!!!!!

Hakak duk pening camna nak organize kasi kemas cantik semula dengan harapan boleh pakai semua barang. Itu belum masuk barang laki hakak dengan pomade, penggelek ketiak, penyembur ketiak macam-macam lagi la. Walaupun hakak rasa baru je laki hakak buat proses pembuangan masih penuh lagi. Nampaknya kena pergi Ikea la gayanya. 

BR1M akan masuk hari ini "16/08/2017"

Semalam tengah hakak duk belek-belek fon ternampak pulak berita pasal Brim dekat Siakap Keli punya post. Jadi bila laki hakak balik rumah, hakak duk bagi tau awal-awal jangan lupa tengok akaun bank. Hahahaha.

Bukan apa untuk Fasa 1 dan 2 Brim kami tak dapat dikeluarkan atas sebab ketidakfahaman antara Bank dengan LHDN. Terpaksa la pergi ulang alik pergi LHDN untuk selesaikan pengeluaran duit Brim.

Untuk fasa 3 duit Brim akan dimasukkan secara berperingkat. Bagi yang buat rayuan pula duit akan dimasukkan pada 29 Ogos 2017. Bukan semuanya masuk hari ini tahu, jadi sesiapa yang ada mak bapak dekat kampung bagitahu awal-awal duit akan masuk secara berperingkat. Takda la depa duk pergi berkali-kali dekat bank kesian tahu. Nak senang engkau sendiri pergi semak dekat laman web brim atau call talian bebas tol LHDN 1800-88-2716 atau emel kepada: br1m@treasury.gov.my. Nak lagi senang sambil mendapat keberkatan anda sendiri bagi dekat mak bapak.


Sunday, 13 August 2017

Prego Carbonara Mushroom

Hujung minggu hari tu, hakak buat prego  carbonara mushroom spiral. Anak dah duk ngadu lapar sebabnya time sarapan pagi taknak pulak dia makan. Mengenangkan tak lama lagi hari jadi dia hakak advance masak kegemaran dia spaghetti spiral carbonara  Resepi hakak selalu buat dekat rumah sebab simple yang amat macam 1 2 3 je.

Bahan- bahan
Bawang merah
Bawang putih
Sayur (hakak letak lobak, ikut suka nak guna sayur or cendawan apa)
Daging ayam hancur.

Bawang merah, bawah putih dengan lobak merah hakak cincang halus. Hakak suka letak bawang putih banyak-banyak.

Selain spaghetti spiral hakak suka guna macaroni sebab tu antara favorite anak hakak. Spaghetti ni biar air panas menggelegak baru masuk. Letak sikit garam dan minyak supaya nanti keluar tak melekat.  

Mula-mula masak daging hancur sampai keperangan. Masuk bawang dengan sayur tadi kacau sehingga bawang nampak layu. Kemudian masuk je prego cabonara tadi, boleh letak air bergantung kepada kepekatan yang sendiri nak. Tambah secukup rasa garam dan kacau selama beberapa minit. Dah siap!!!

>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>

Maka bermangkuk-mangkuk la kami anak beranak makan. 

Selamat mencuba semua!!!

Friday, 11 August 2017

Cekodok viral

Kalau sesiapa ada facebook mesti tahu mengenai cekodok viral. Jadi pagi ni hakak pun duk cuba buat sendiri. Hakak pakai hentam saja buat cuma yang hakak tau cekodok ni dulu hakak panggil kuih boom dan bentuk dia lagi besar. Dah hakak nak stop membebel, hakak akan bagi resepi yang hakak buat.

Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
Air panas (boleh letak yis kalau taknak air panas)

Cara-cara
Gaul tepung, garam dan gula.
Kemudian baru letak air panas.
Jangan letak banyak cukup la boleh buat bentuk bulat.
Akhir sekali dalam goreng minyak yang panas. 
Bila dah kekuningan atau coklat boleh la angkat.

Tepung, garam dan gula gaul sebati dulu.

Yang ni hakak dah letak air panas jadi rupa lagu ni. Air hakak main agak-agak je. Jangan bagi cair sangat

Minyak kena banyak okay. Kita biar dia panas betul baru letak.

Dan ini masa cekodok viral tengah masak.

Cekodok viral terlebih masak sebab hakak buat keje lain dulu sampai terlupa cekodok atas dapur.

Yang atas tu rupa cekodok terjaga sikit. Hahahaha.

Maryam memang suka jadi peneman dan penyepah dekat dapur.

Abang wafiq macam biasa duk tengok tv. Hujung minggu je dia dapat tengok kartun lama-lama. Hari lain takda.

Macam mana rasa dia, bila abang wafiq cakap cedap sambil tersenyum dengan berkali-kali duk sumbat dalam mulut. Maknanya memang sedap la tu hakak pun senang hati. Cuba la semua senang pun senang. 😉😉😉😘



Thursday, 10 August 2017

Pertama kali ikut Dinner suami

Gdex express tempat laki hakak keje setiap tahun akan selalu buat dinner untuk semua pekerja. Selalu laki hakak takkan bawa hakak dan anak-anak, kami tinggal dekat rumah je. Cuma tahun ni laki hakak bawa kami sekeluarga makan sama. Hakak tak kisah pun kalau tak pergi sebab company hakak punya dinner mana ada bawa keluarga, nampak tak disitu. Hahahaha

Tahun ni agak berbeza sedikit, laki hakak kata dinner kali ni ramai sebab boss besar gabungkan 3 cawangan. Maka tempat pun agak exclusive sebab ada big boss mai kan. Tempat sebelah je dengan Midvalley lebih tepat ada jalan yang hubung midvalley dengan Hotel Cititel.

Laki hakak kata majlis daftar pukul 7 malam dan disebabkan rumah tak jauh dari Midvalley 6.30 dah bertolak dari rumah. Itu pun masing-masing rasa takut tak sempat sampai on time sebab jammed atau kena pusing cari parking. Tapi akhirnya cuba teka, kami lah orang pertama yang sampai dengan tepatnya di hotel pukul 7. Tak lama nampak boss laki hakak pulak sampai.

time ni abang wafiq busy dengan fon. Jadi ada Maryam je.

abang wafiq sampai mintak tengok ultrman. Siap time makan asyik berhaip dengan umi dia.
Tengok time ni 2 pasangan je baru ada. Hahaha lapor umi tengok makanan kat sebelah.

Maaf cakap hakak memang agak tegas dalam bertemu janji. Lambat dengan sebab munasabah hakak boleh terima tapi kalau berkali-kali lambat dengan alasan yang sama, kaki je hakak bagi dekat engkau dik. Seperti biasa majlis takkan bermula tepat pada waktunya. Maka anak dah start buat perangai sebab lama menunggu pukul 8 lebih kalau hakak tak silap baru dapat makan.

Pasal makanan pula hakak rasa pilihan tak banyak macam mana-mana hotel yang penah hakak pergi. Untuk sajian barat ada yang sedap. Tapi agak kurang untuk sphageti carbonara. Hakak pun agak kurang jelas dengan cara bufet mereka sebab agak bercampur. Jadi kita kena pusing-pusing untuk padankan apa yang kita makan.


Nampak gambar belakang. Tu dia bufet, belakang sikit ada aiskrim. Bahagian luar ada BBQ dan kambing panggang. Sebelah Maryam ada mesin minuman.

Tahniah Babah sebab dapat award pekerja terbaik.

Time ni abang wafiq sibuk mintak selfie ngan umi dia yang comel. Hahahaha.


Sebelah babah pun pekerja terbaik untuk bahagian lori

Ni semua geng gila-gila babah merangkap kaki karaoke juga diorang ni. Kalau hakak tahu diorang bawa perempuan dalam bilik karaoke hakak tembak sorang-sorang. Huhuhu.


p/s: Jangan tanya pasal makanan. Hakak dah lapar sangat sampai tak terpikir nak ambil gambar makanan. Yang penting penuh satu pinggan sampai bulat mata laki hakak pandang.

Thursday, 3 August 2017

Bila cik suami beli barang dapur

Selalu hakak akan pergi sekeluarga beli barang dapur untuk sebulan punya. Bila beri basah hakak akan beli dekat sungai besi atau NSK Kuchai Lama. Banyak pilihan dan agak segar berbanding tempat lain. Harga mungkin lagi murah di NSK berbanding Pasar Sg Besi tapi kalau nak masak selera kampung semestinya pilihan banyak di pasar Sg Besi.

ehsan dari uncle google

Kalau pergi sekeluarga bermakna hakak terpaksa angkut sekali anak2 hakak. Bila si abang dah behave si adik pula buat perangai. Hakak kat mana-mana pun boleh jadi singa. Si babah dia dah pening-pening kepala. Maka babahnya dah mula bersuara beli barang dapur biar dia sorang sahaja yang pergi beli terutama di pasar Sungai Besi.

Dan bermula episodnya, hakak akan buat list barang apa yang patut dibeli (ni wajib) Seperkara lagi sebelum cik somi pergi hakak akan pastikan dia wajib bawak fon sebab apa nanti hakak bagi tau. List tu hakak akan tulis sekali berapa berat, kg atau keping.

Sampai dekat pasaraya atau pasar start dah drama dan hakak dirumah memang akan standby fon dekat tangan. Masa ni la cik somi akak call berkali-kali duk tanya bentuk, jenis, kaler, berat dan macam-macam lagi. Bila dia tak faham apa hakak cakap dia akan tanya pekerja dekat sana. Tak faham juga melalui percakapan maka sesi bergambar pun bermula. Memang hakak menjadi super busy sampai rasa nak meletup.

Bila dah balik hakak la yang akan buat simpan dan restock balik sambil check balik kot ada yang tertinggal. Bila ada yang tertinggal hakak dah jadi macam hulk. Kalau bernasib baik hakak bebel je kalau tak kau pergi lagi sekali. Hahahahaha..

Walaupun banyak kali drama kat atas terjadi tapi kami masih lagi guna cara ni sebab ada baiknya ye sayang semua. Laki anda lebih kenal barang dapur dan senang je bila dia kat luar nak suruh pesan beli apa. So give n take jela. Hahahaha

Sekian bebelan panjang dari hakak

Keyboard Kucing

Akhirnya selepas beberapa lama dalam perhatian dan bersawang dalam cart tiktok. Berjaya juga membeli walaupun masih ada perasan teragak-agak...