Wednesday, 13 February 2019

Dahulu vs Sekarang

Zaman sekarang tidak lagi macam zaman dahulu,
semuanya nampak berbeza tapi sebenarnya sama,
mungkin ada yang berkata zaman dahulu lagi penuh ranjau duri,
lagi berbahaya penuh dengan perang,
keluar rumah senantiasa berjaga,
bimbang diserang hendap.

Zaman sekarang mungkin tiada perang,
tapi tetap berbahaya,
walaupun didalam rumah sendiri pun kau masih tidak selamat,
senantiasa berjaga kerana serangan hendap sentiasa disekeliling,
jika jiwa mu mudah goyang,
nyawa mu boleh melayang sendiri.

dahulu semuanya susah,
ingin sesuatu kena bermula dari awal sehingga akhir,
tetapi nikmatnya tidak terkata,
sekarang hampir semua di hujung jari,
tapi sayang,
andai tersilap sedikit,
kau hanyut jauh dari landasan,
nikmatnya mungkin ada,
tapi rasa manisnya hanya sedikit.




2 comments:

  1. Dulu atau sekarang, sesuai dengan zamannya

    ReplyDelete
  2. Saya setuju zaman kini memang menawarkan kemudahan yang mudah namun kita perlu tetap berhati-hati dan bijaksana.

    ReplyDelete

TELEFON

Dah masuk pertengahan tahun 2026, lagi tahun tiga tahun buka mata dah masuk umur 40 tahun. Sejak akhir-akhir ini rindu betul dengan zaman my...