Monday 21 August 2017

Sayur kubis goreng campur telur

Semalam dekat ofid duk fikir balik nanti malam nak masak apa. Sambil duk bilik blog tetiba nampak Kak Azie kitchen duk up entry baru pasal sayur kubis goreng campur telur, apalagi hakak terus klik link hafal sesiap resepi dalam otak. Simple, mudah dan sedap dimakan begitu sahaja. Meh hakak share resepi sekali. 
Bahan-bahan
Kubis
lobak merah
cili besar
bawang putih
telur
perasa (optional nak letak ke idak)
garam

Cara-cara
masak bawang putih sehingga agak kekuningan.
Jangan bagi hangit nanti tak sedap okay.
Kemudian baru masukkan lobak merah.
Goreng sampai agak lembik.
Baru kita masukkan kubis dan agak nak dekat masak masukkan telur.
Kacau lagi sehingga masak dan masukkan pula cili besar. 
Kacau sekali dua, tutup api angkat letak dalam mangkuk siap.
Garam itu suka nak letak time bila. Jangan tak letak udah.

Dah siap pun, banyakkan padahal makan dua orang je. Hehehe kita ratah dulu sementara tunggu laki balik keje.

Selamat mencuba semua.

No comments:

Post a Comment

Quotes