Monday 24 September 2018

Gimbap @ Kimbap

Hari Malaysia akak sekeluarga balik kampung akak, kebetulan adik akak yang bongsu cuti semestar. Maka bergerak la kami  pulang ke kampung di Pahang. Alhamdulillah hanya di kawasan tol sahaja yang perlahan kenderaan bergerak. Selepasnya akak berjaya membawa dengan jayanya. Hahahahaha.

Nak jadikan cerita adik akak yang bongsu ni dah lama mengidam nak makan gimbap aka kimbap. kakak dan abang dia yang baik hati ni bila buat gimbap selalu duk tayang dalam whatssup group keluarga. Kekadang saja buat video call nak bagi berapi sikit. Maka asal jumpa selalu sangat duk mintak buat gimbap. Tapi kakak dan abang beliau tersangat la tak berapa nak rajin. Berhuhuhu jela dia mendapat.

Kebetulan pula sifat kerajinan akak datang. Masa beli barang dapur untuk mak. Akak dah sesiap pesan barang apa yang kena beli. Tapi bila sampai rumah check semula rupanya masih ada lagi barang yang terlupa nak ambil. Nak mencari barang yang takde dekat kampung memang dalam mimpi jela. Nasib barang yang penting semua cukup. Maka akak dengan berbesar hati untuk berkongsi resepi yang mudah siap sambil pejam mata pun boleh buatlah.

GIMBAP

Bahan-bahan
beras (jenama sumo)
daging
telur
lobak merah
bayam
zukini
minyak bijan
rumpai laut
garam

Cara-cara
Beras sumo tu selalu ada jual dekat pasaraya besar. Selalu jual dalam paket kecil. Arahan memasak ada tunjuk dekat plastik beras. Sebab akak tak suka lembik atau melekit sangat jadi untuk sukatan air akak kurangkan kuantiti air daripada yang sepatutnya. Selepas nasi tadi dah masak masuk sedikit garam dan minyak bijan untuk aroma dan rasa. Kemudian biarkan dalam setengah jam. 

Sementara menunggu beras tadi sejuk sedikit, sediakan bahan yang lain. Lobak merah potong dalam keadaan memanjang. Begitu juga dengan zukini. Zukini dan lobak merah ni pilihan. Kalau x nak masuk pun boleh. Untuk bayam pula hanya rebus seketika. Dah agak masak atau lembut angkat. Perah bagi buang air sedikit. Kemudian tabur sedikit garam dan sedikit minyak bijan. Untuk sayur yang perlu di tumis pun sama. Garam dan minyak bijan sedikit. 

Untuk telur pula sama sahaja macam telur dadar. Cuma kalau boleh tebal sikit dan lebar sebab kita nak memotong dalam keadaan memanjang. Bagi daging pula sama ada potong dalam keadaan halus memanjang atau kecil sahaja. Supaya makan nanti tak liat, untuk daging akak suka perap dengan kicap dan sedikit bijan. Kemudian tumis sampai masak.


Cara-cara persediaan 
Untuk yang tak berapa yakin nak gulung pakai tangan. Boleh pakai buluh nak gulung. Memula letak rumpai laut dulu. Hati-hati supaya tak pecah, letak nasi tadi sesuku sahaja dari rumpai laut.

Kemudian baru letak segala sayur, daging dan telur. Gulung sehingga semua isi tertutup tekan sedikit. Selepas tu baru buat lagi gulungan seterusnya dan tekan lagi. Ulang sampai gulungan terakhir.
Dah siap semua boleh dimakan macm tu sahaja atau potong kecil-kecil.




**Gimbap nie memang mengenyangkan. Sesuai dibuat lunch bawa bekal ke ofis. 
Sesuai juga untuk sesiapa yang diet. Boleh buat sepenuhnya sayur.
Untuk anak-anak ke sekolah boleh digantikan dengan hotdog.

***Jika rasa kosong boleh sedia pencicah atau side dish yang lain. Kimchi, gochujang adalah selalu akak makan dengan gimbap. Takde boleh ganti dengan sambal melayu kita.

SELAMAT MENCUBA!

Nak share boleh tapi sila beri kredit anda kesini. 

2 comments:

  1. Replies
    1. kena rasa yang dekat kedai makan korea. Takut dah buat sendiri nanti yang Korea punya rasa tak sedap. ngeeeh

      Delete

Quotes