Saturday 19 August 2017

Jaga adab anda walaupun dihujung DUNIA

Heboh sekarang di media sosial mengenai 3 pelancong Malaysia buat masalah di Jepun. Hakak tak tahu apa punca sampai mereka sanggup pecahkan dinding dan juga buang sisa mereka dalam lubang mandi. Bagi hakak kalau marah sekali pun tidak perlulah anda merosakkan harta benda orang sehingga melibatkan pengeluaran kos baiki yang banyak.



Hanya kesalahan mereka seluruh rakyat Malaysia dikatakan telah di banned kan daripada menginap disitu selepas China dan juga Korea. Nasib pekerja tu hakak tak pasti dia masih lagi bekerja disitu atau tidak.

Semua ketahui bahawa Jepun adalah negara yang amat mementingkan disiplin dan juga masa.Jadi segala peraturan yang telah ditetapkan harus dipatuhi walaupun pada kita kelihatan remeh.

Bukan pertama kali pelancong kita tidak disukai untuk diberi penginapan. Di negara barat pun terjadi bila mereka mengatakan pelancong dari Malaysia Bag packing tempah hotel untuk 2 orang tapi sebenarnya datang berempat. Memanglah anda boleh tidur berhimpit tapi dari segi penggunaan elektrik dan air mereka yang akan tanggung. Jika ingin melancong dalam bajet yang rendah sekalipun jangan sekali-kali menyusahkan orang lain.

Bagi hakak bila anda melancong ke negara orang sila hormat mereka punya adat dan juga undang-undang mereka. Samalah seperti anda ingin mereka hormatkan negara kita, begitu juga mereka. Tunjukkan kepada kita betapa tinggi adab melayu dan juga betapa indahnya akhlak umat islam.



Sekian bebelan hakak untuk isu semasa kali ini.

No comments:

Post a Comment

Quotes